Wednesday, 27 April 2011

Sedar Bahaya Rasuah, Bila Projek Untuk Kroni Sudah Habis

Parti Islam Se-Malaysia PAS terkejut dengan kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang baru sedar tantang  bahaya rasuah boleh menjejaskan pendapatan negara. Mungkin beliau baru sedar rasuah merupakan barah yang boleh membawa kehancuran negara apabila wang negara semakin mengucup, sehingga projek untuk kroni tidak boleh diberikan lagi. Kerisauan beliau mengenai perkara ini dinyatakan  ketika  majlis perasmian mesyuarat agung tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) cawangan Pahang di Ibu Pejabat UMNO Bahagian Pekan.
Ucapan Datuk Najib hendak memerangi rasuah dan ketirisan, sama seperti kita menasihat orang miskin untuk berjimat cermat. Sepatutnya nasihat berjimat ketika kaya bukan waktu miskin. Sama juga dengan nasihat Datuk Seri Najib. Jangan bercakap tentang bahaya rasuah ketika kantung negara makin kosong dan projek pun semakin kontang.
Kesan rasuah boleh merbahaya keselamatan negara kerana sempadan akan terbolos, dadah terlepas masuk, maklumat negara tergadai, projek terbengkalai kerana beri pada mereka yang tidak wibawa, kos meningkat, pendapatan negara berkurangan dan banyak lagi bahayanya.
Kerajaan Barisan Nasional gagal untuk membasmi rasuah kerana ia parti yang hidup dengan rasuah samaada pemilihan parti atau pilihanraya umum.
PAS merasa pelik, apabila kerajaan hendak memerangi rasuah, yang diburu ialah pegawai-pegawai kerajaan. Baru-baru ini 60 orang pegawai kastam Diraja Malaysia  yang diburu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  untuk siasatan berhubung kes rasuah dan penggubahan wang haram.
Persoalannya kenapa pemimpin-pemimpin politik yang berskala jerung tidak diburu. Selalunya yang menjadi mangsa ialah ikan bilis dari kalangan pegawai kerajaan sahaja. Isu wang PPRT RM32 juta, yang ditangkap ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, sedangkan  Menterinya Datuk Anuar Musa entah ke mana. Begitu juga yang ditangkap ialah Setiausaha Politik Datuk Mohd Nor Yaakob yang memiliki wang tunai RM2 juta.

Monday, 25 April 2011

Himpunan Kebangkitan Rakyat ‘PAS Ganti Umno’

KUALA TERENGGANU - PAS Negeri Terengganu akan menganjurkan siri Himpunan Kebangkitan Rakyat ‘PAS Ganti Umno’ (PGU) ke seluruh negeri Terengganu, bermula pada 15 Januari 2010 di Dataran Tok Guru, Kg Geliga, Kemaman.
Setiausaha Badan Perhubungan Negeri Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata Jawatankuasa Bertindak Penggerak Masyarakat ‘PAS Ganti Umno’ telah digerakkan bagi menyebarkan maklumat dan penerangan mengapa perlu PAS menggantikan Umno menjelang pilihanraya akan datang.

”Kita (PAS) telah mula mengedar dan membekalkan dan menaikkan kain-kain rentang dan poster-poster ‘PAS Ganti Umno’,

”kita juga telah bertemu dan menggerakkan semua bloggers dan pengendali laman-laman internet kita, supaya mereka dapat memainkan peranan, mencetuskan tulisan-tulisan dan artikel-artikel ‘PAS ganti Umno’,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan aluannya dalam Seminar ‘PAS Ganti Umno’ yang diadakan di Markaz Tarbiah PAS Kuala Ibai, 24 Disember yang lalu.

Katanya, Seminar PGU yang diadakan itu adalah merupakan langkah muqaddimah kepada ‘himpunan mega’ yang telah dirancang.

”Langkah-langkah ini kita harap akan menjadi suatu mukaddimah, yang InsyaAllah kita akan mengadakan satu perhimpunan untuk mengumpulkan bukan sahaja ahli-ahli, penyokong-penyokong tetapi semua lapisan masyarakat,”jelasnya

Beliau turut memaklumkan, pengesahan kehadiran pimpinan besar Pakatan Rakyat termasuk Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Pembangkang Palimen Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam himpunan tersebut.

Sunday, 24 April 2011

Buru Guru Sokong Pembangkang, Kebajikan Guru Terabai.

Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal terhadap sikap Kementerian Pelajaran dibawah kendalian Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Dr Fuad Zarkashi yang sibuk memburu guru-guru yang terlibat dengan pembangkang sebaliknya mengabaikan kebajikan guru-guru di sekolah.

Terkini tindakan pertukaran Cikgu Maaruf Mutalib daripada Sekolah Menengah Tenang ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pengelih Pengerang Kota Tinggi, adalah satu contoh "politik babarian" yang diulang semula di Kementerian Pelajaran. Pertukaran kerana surat  cuti sakit Cikgu Maaruf semasa pilihanraya kecil Tenang. Persoalannya surat sakit yang dikemukakan ialah daripada doktor hospital kerajaan, bukan daripada dukun.
Sepatutnya Tan Sri Muhyiddin dan Dr Fuad kena turun ke padang melihat sendiri kebajikan guru-guru yang dibebankan dengan berbagai tugas. Pendedahan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP)  mengenai tuntutan perjalanan yang dibuat oleh guru-guru di  yang pergi kursus anjuran Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah sejak bulan Mac 2010 masih tidak dapat. Begitu juga lambakan guru Sains dan Metematik seramai 26,000 satu lagi ukuran gagal Tan Sri Muhyiddin dan Dr Fuad Zarkashi untuk membuat unjuran keperluan guru-guru di sekolah-sekolah. Akhirnya guru ini terpaksa mengajar mata pelajaran lain daripada pengkhususannya. Apabila keadaan ini berlaku yang menjadi mangsanya ialah murid-murid.
Sedangkan Tan Sri Muhyiddin begitu lantang mengkritik tawaran Pakatan Rakyat kepada guru-guru,  imbuhan bulanan RM500.00, sehingga menuduh negara akan hancur dan bankrap. Nampaknya sekarang siapa yang bangkrap? Sehingga peruntukan untuk Kementerian beliau tidak cukup.
Jika inilah watak menteri yang menguruskan kilang yang melahirkan modal insan maka negara akan hancur kerana meritnya bukan kebolehan tetapi ketaksuban kepada Umno. Kenapa Pengarah Pendidikan Johor Tuan Haji Markom Giran tidak diambil tindakan kerana berkempen kepada guru-guru ketika pilihanraya kecil Tenang.
Akhirnya kita ingin mengingatkan kepada Tan Sri Muhyiddin janganlah kamu melakukan kezaliman, kerana doa orang yang zalim tidak ada hijab dengan Allah. Ingatlah bahawa kamu ada anak isteri dan keluarga, kalau kamu tidak suka dizalimi, cikgu Maaruf dan Cikgu Normala juga tidak suka dizalimi. Peringatan khas untuk Datuk Fuad Zarkashi mengenai kata-kata Assyahid  Syed Qutb buku yang dibaca sewaktu bersama PAS dahulu" Kezaliman walaupun nampak kuat, ia tidak kekal, Sedangkan kebenaran walaupun nampak lemah, ia akan menang"

Politik cina Malaysia hari ini

BERANI, CEKAL DAN HEBAT
Lim Kit Siang adalah ahli politik yang tersangat hebat di Malaysia. Beliau merupakan pemimpin fahaman democratic socialism[1] yang sangat bahaya selepas Karl Marx dan Lenin.

Bermulanya sejarah politik beliau dalam politik tanahair ialah selepas penyingkiran Singapore daripada Persekutuan Malaysia. 

Lee Kuan Yew[2] sewaktu membawa Singapore menyertai Malaysia berhasrat dan bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri dan mahukan Tunku melepaskan jawatannya kerana alasan beliau ialah kaum cina Singapore dan Malaysia melebihi kaum Melayu.

Tun Abdul Rahman Ya'akub [3] bekas Ketua Menteri Sarawak dan bekas menteri kabinet telah menyatakan Tunku amat tidak bersetuju dan tidak berminat dengan kemasukan Singapura ke dalam Malaysia, tetapi oleh kerana tekanan dan desakan kerajaan British,  Tunku [4] terpaksa beralah.

Setelah ugutan LKY dibuat terhadap Tunku, maka dua tahun selepas itu Singapore disingkirkan daripada Persekutuan Malaysia. [ Pas pula menuduh Tunku menjualkan Singapore kepada LKY]

Sejak itulah bermulanya penubuhan parti Dap untuk mewakili parti Pap[5] yang telah terkeluar dari Malaysia.

Hari ini LKS berjaya mempengaruhi penduduk cina Malaysia supaya menyokong perjuangan Dap.

LKS berjaya menyakinnya orang cina untuk menyokong Dap tanpa mengorbankan parti-parti cina yang ada seperti Mca, Gerakan, Supp dan beberapa lagi parti cina di Sabah.

Parti cina dalam BN perlu dikekalkan untuk mendapat bantuan dan peruntukkan dari kerajaan. Semua tuntutan ini dapat dilihat dalam pertubuhan Dong Zhong. [6]


Kini penat lelahnya telah menampakkan hasil, pengundi cina terpengaruh dengan doktrin yang dibawanya.

Selepas lumpuhnya Mca dan Gerakan dalam PRU 12, kini Supp pula menjadi mangsa kerakusan LKS. Orang melayu marah dengan Mca, Gerakan, Supp dan beberapa lagi yang lain.


Penganalisis politik menyatakan parti-parti cina dalam BN telah dijangkiti virus yang disuntik oleh Dap.

Ya, memang benar, LKS adalah pembawa kuman kanser yang berjaya memusnahkan anggota atau tubuh BN. Kini kanser yang berada dalam tubuh BN berada dalam tahap 3.[7]

Tun Mahathir [8] pernah berkata sebagai seorang doktor beliau akan melihat symstom dan membuat inferent terhadap pesakit. Setiap penyakit ada ubat dan ada ketika pembedahan perlu dibuat untuk membuang bahagian yang rosak dan  tak boleh diselamatkan lagi.

Kenyataan Tun memang betul, ambil contoh pesakit diabetis yang terpaksa dipotong anggota badan yang rosak teruk untuk menyelamatkan nyawa pesakit.

Begitu juga halnya dengan sel kanser yang berada dalam anggota tubuh, sel dan sebahagian perkakasan dalam badan terpaksa dibuang untuk menyelamatkan nyawa pesakit. Itu pun kadangkala jangka hayat mangsa tidak dapat bertahan lama dan ada sebaliknya.

Oleh yang demikian,  penyakit yang sedang merosakkan BN ini perlu segera dirawat. Pakar-pakar yang ramai ada dalam Malaysia, yang kerap dilihat dalam talk show perlulah segera menjadi pakar bedah untuk merawat dan memulihkan kembali pesakit-pesakit ini.

Sebelum PRU 13, penyakit ini perlu sembuh sepenuhnya walaupun dengan tindakan yang sangat memilukan.

Tunku pernah mengambil tindakan yang sangat kejam terhadap Lee Kuan Yew dan Ketua Menteri Sarawak iaitu Kalong Ningkan dan formula itu berjaya.

Tun Mahathir juga sama pernah mengarahkan dua pemimpin Mca yang bertelagah untuk berundur dan Umno mengambil alih pucuk pimpinan Mca buat sementara waktu. Akhirnya Mca kembali pulih dan menang besar dalam pilihanraya.

Supp juga sama, masalah kepimpinan parti telah menjadi barah dalam parti itu. Pehin Seri Taib Mahmud mengakui bahawa Supp menghadapi masalah atau krisis dalaman yang teruk dan menyebabkan kaum cina Sarawak terutama generasi muda yang lemah pemikirannya mudah terpengaruh dengan Dap.

Taib Mahmud seorang pemimpin yang sangat berani dan bijak. Beliau menyatakan bahawa beliau yakin BN akan menang mudah sekurang-kurangnya 35 kerusi. Ia ternyata betul dengan semua calon 35 calon PBB yang bertanding menang 100%.

Ternyata Taib tidak meletakkan harapan yang besar terhadap Supp dalam pilihan raya negeri kali ini.

Tindakan Tan seri Dr George Chan Hong Nam untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden Supp akhir tahun ini juga satu perkara yang tidak bijak. ia perlu berlaku segera supaya proses persediaan untuk pilihanraya umum yang mungkin dibuat tahun ini atau tahun hadapan dapat berjalan lancar dibawah kepimpinan baru.

TM yakin penyakit yang menyerang komponan BN ini dapat dirawat dengan ubat yang paling pahit walaupun ia menyakitkan.

Sunday, 17 April 2011

Semua Kenderaan Wajib Jalani Pemeriksaan Puspakom Mulai Jun 2011

Mulai Jun 2011, kerajaan akan menguatkuasakan Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan) 2010 yang telah diluluskan, di mana setiap kenderaan bermotor terpakai, dibaikpulih dan diubahsuai diwajibkan menjalani pemeriksaan menyeluruh di Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) bagi memastikan kenderaan berkenaan berkeadaan baik dan selamat.
Antara faktor utama penguatkuasaan itu ialah untuk mengelakkan pengguna terbeli kenderaan potong, mempunyai sejarah jenayah, kereta curi atau kereta diubahsuai tanpa kebenaran pihak berkuasa.Kita sedia maklum, bahawa banyak kes-kes orang ramai yang “terbeli” atau tertipu dengan kereta potong sikit waktu dulu.
ws 05.1 Semua Kenderaan Wajib Jalani Pemeriksaan Puspakom Mulai Jun 2011
Kami sebenarnya menyambut baik saranan ini, dan berharap pihak berwajip Puspakom akan lebih telus dalam membuat pemeriksaan.Sebelum ini, dah banyak kes beli kereta potong ni boleh “lepas”.Macamana boleh lepas, itu bukan urusan kami.Dan bagus juga akta ini dikuatkuasakan dimana, motorsikal juga wajib selepas ini menjalani pemeriksaan sebelum dijual kepada pemilik baru.Ini sedikit sebanyak dapat menjadi suatu “sekatan” dimana banyak kes-kes motor curi yang dijual semula.
Jadi, dengan lambakan kereta yang akan membuat pemeriksaan selepas ini, ianya sedikit sebanyak akan menambah keuntungan kepada pihak Puspakom sendiri.Apa yang sangat kami harapkan, jangan pula selepas ini, masih ada yang kes-kes kereta potong yang diluluskan Puspakom akan terjadi.Pastikan pekerja-pekerja yang diambil bekerja di Puspakom, mempunyai integriti.Jika tidak, sia-sia sahajalah akta ini dikuatkuasakan.
Apa pandangan anda mengenai akta baru pemeriksaan kenderaan ini?

Friday, 15 April 2011

Chelsea buru empat teratas


2011/04/16

PENYERANG termahal Chelsea, Fernando Torres (tengah) gagal membantu Chelsea mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara ketika bertemu United, Selasa lalu.
PENYERANG termahal Chelsea, Fernando Torres (tengah) gagal membantu Chelsea mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara ketika bertemu United, Selasa lalu.
Selepas tiada peluang realistik untuk menjulang piala musim ini

LONDON: Fokus Chelsea tiba-tiba bertukar daripada mengejar kejuaraan kepada penentuan masa depan jurulatih Carlo Ancelotti sebaik tewas kepada Manchester United dalam Liga Juara-Juara, tempoh hari.
Kekalahan itu memberi tamparan buat pasukan kendalian Ancelotti yang kini tidak mempunyai peluang realistik untuk menjulang piala tahun ini, dan akan berkunjung untuk bertemu West Bromwich Albion dengan hanya sasaran mengejar tempat empat teratas Liga Perdana Inggeris.
Ketinggalan sebelas mata di belakang pendahulu United, meskipun kurang satu permainan Chelsea hanya mempunyai harapan terlalu tipis untuk mengekalkan kejuaraan yang dimenangi musim lalu. Memiliki perbezaan lima mata yang agak selesa daripada pasukan di tempat kelima Tottenham dengan hanya tinggal tujuh permainan, mereka hampir pasti dapat bermain dapat kelayakan Liga Juara-Juara musim depan.

Begitupun sama ada ia sudah mencukupi untuk menjamin kedudukan Ancelotti sebagai pengurus pasukan belum boleh dipastikan. Kegagalan memenangi sebarang piala menimbulkan suasana muram di Stamford Bridge tetapi penjaga gol Petr Cech mahukan kelab itu membuat sasaran baru untuk merebut tempat kedua liga.

“Memang mengecewakan apabila anda sebahagian daripada kelab besar tetapi tidak memenangi trofi, selepas menjulang dua kejuaraan musim lalu semua orang berfikiran kita mampu mempertahankannya. Kita memulakan musim dengan baik tetapi kemudian bertukar sukar, dan dalam Liga Juara-Juara kita bermain baik sehinggalah kepada dua perlawanan menentang Man United.

“Terdapat tujuh lagi perlawanan yang akan dilalui. Tujuh perlawanan itu akan membawa perbezaan besar, jika dapat mengutip banyak mata kita boleh menduduki tempat kedua,” kata Cech. - AFP

Thursday, 14 April 2011

Real jumpa Barca


2011/04/15

pix_gal0
Mourinho, Raul terus hidupkan peluang dalam aksi separuh akhir Liga Juara-Juara

KEMARAAN juara sembilan kali Real Madrid dan pasukan kurang ternama Jerman, Schalke 04 ke separuh akhir Liga Juara-Juara kelmarin, menjanjikan pertembungan menarik dengan seteru utama Barcelona dan gergasi Britain, Manchester United.
Real menewaskan Tottenham 1-0 di London melalui jaringan Cristiano Ronaldo untuk agregat 5-0, sekali gus menghidangkan peluang buat jurulatih Jose Mourinho mencipta nama menjulang trofi dengan tiga pasukan berbeza selepas melakukannya bersama Porto pada 2004 dan Inter Milan tahun lalu.
Bintang Schalke yang juga bekas legenda Real, Raul pula meranapkan impian Inter untuk mengulangi kejayaan tahun lalu, apabila menjaringkan gol ke-71 peribadi dalam Liga Juara-Juara dan membantu Schalke menang 2-1 untuk agregat 7-3, sekali gus menyajikan peluang buat penyerang Sepanyol itu merangkul medal kemenangan keempat dalam saingan tertinggi kelab Eropah itu.

Mourinho menurunkan barisan terkuat meskipun hadir dengan jaringan besar pada timbal balik pertama tetapi pertahanan tengah Carvalho dikenakan kad, dan digantung perlawanan apabila bertemu Barcelona pada timbal balik pertama nanti.
Namun pengendali kelahiran Portugal itu tetap yakin.

“Tunggu dan lihat apa akan berlaku. Separuh akhir adalah separuh akhir, apa-apa boleh berlaku, kami kurang bernasib baik, tidak sebagaimana Barcelona yang dapat mengelakkan penggantungan pemain untuk perlawanan itu nanti.”
Gol Raul pada babak pertama memudarkan harapan Inter Milan meskipun menyamakan kedudukan melalui Thiago Motta tetapi Benedikt Howedes memastikan kemenangan Schalke, sembilan minit sebelum tamat.

Jurulatih Schalke, Ralf Rangnick berkata: “Pemain menunjukkan aksi cemerlang, jika hanya membenarkan pasukan juara bertahan melakukan hanya dua percubaan, anda tahu pemain sudah bermain dengan baik.” - AFP

Monday, 11 April 2011

Nota ”selamat tinggal” mungkin milik Teoh Beng Hock

11/04/2011 8:50pm

KUALA LUMPUR 11 April – Suruhanjaya Siasatan untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock diberitahu bahawa nota ”selamat tinggal” yang dijumpai dalam beg sandang Beng Hock berkemungkinan merupakan hasil tulisan tangan setiausaha politik Exco Selangor itu.
Pemeriksa dokumen dari Jabatan Kimia, Wong Kong Yong berkata, pengesahan itu dibuat dengan membandingkan nota itu dengan tulisan tangan dan tandatangan Beng Hock yang diambil oleh penyiasat bebas, Michael Leslie Squires dari pejabat Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah.
Kong Yong berkata, dokumen itu kemudian diserahkan oleh Leslie kepada beliau pada Mac lalu di Jabatan Kimia Petaling Jaya dan mendapati tulisan tangan Beng Hock adalah sama dengan nota itu.
Kong Yong, yang sebelum ini pernah memberi keterangan dalam inkues Beng Hock di Mahkamah Shah Alam, mengesahkan sebahagian tulisan bahasa Malaysia pada nota yang ditemui dalam beg sandang Beng Hock dan tulisan di buku notanya dimiliki orang yang sama.
Beng Hock, 30, setiausaha politik Ean, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Juruterbang helikopter terhempas meninggal dunia

11/04/2011 9:48pm


Allahyarham Kapten Sahimi Razali


SIBU 11 April – Seorang juruterbang yang cedera parah apabila helikopter jenis Bell 206 milik Sabah Air yang dipandunya terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu di sini pada pukul 1.50 tengah hari meninggal dunia pada pukul 8.36 malam tadi.
Insiden itu berlaku sebaik sahaja mangsa menurunkan tiga penumpang termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Juruterbang, Kapten Sahimi Razali, 38, mengalami kecederaan parah di bahagian rusuk terus digegaskan ke Hospital Sibu oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).
Muhyiddin bersama isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut melawat Sahimi yang menjalani pembedahan di Hospital Sibu kira-kira pukul 4 petang.
Muhyiddin yang menghabiskan kira-kira 15 minit di luar dewan pembedahan turut menyaksikan proses pembedahan yang dijalankan.

Sunday, 10 April 2011

SNAP fokus 'serangan hendap' di Sarawak

Setenang-tenang air di lautan, jangan disangka tiada buaya. Begitu ibaratnya kempen Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) di kesemua 26 kawasan Dayak yang ditandinginya dalam pilihan raya negeri kali ini.

Berbeza dengan pendekatan BN dan parti-parti dalam Pakatan Rakyat, SNAP memilih tidak terlibat dalam perang psikologi melalui pemasangan poster, bendera parti dan kain pemidang di kawasan-kawasan awam.

Bagaimanapun, sebagai parti tertua bangsa Dayak yang ditubuhkan pada tahun 1961, pengalaman mengajarnya cara mendapatkan undi dengan cara yang paling murah, namun dianggap paling berkesan.

snap anthony belon campaign“Dengan duit, kita tidak boleh lawan BN. Kita tidak ada duit sebanyak BN (untuk berkempen). Jadi, yang kita ada hanyalah masa (sebagai modal). Ini yang tidak ada pada parti-parti lain,” kata perancang kempennya yang enggan namanya dinyatakan.

Menurutnya beliau, menyedari tempoh kempen 11 hari yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak memadai, mereka mengambil keputusan mengumumkan calon lebih awal, lebih-lebih menyedari rundingan pembahagian kerusi dengan PKR mengambil masa terlalu lama.

“Jadi dengan itu kita ada lebih masa berkempen. Dengan cara ini, masuk sahaja hari berkempen, sekurang-kurangnya separuh daripada pengundi sudah kita temui,” katanya lagi ketika ditemui Malaysiakini semalam.

Parti itu percaya, bertemu dan bermesra dengan pengundi secara langsung merupakan strategi yang terbaik bagi memenangi hati pengundi.

Bagi beberapa calon-calonnya, pendekatan unik itu dinamakan sebagai “silent killer” (pembunuh senyap). Manakala ada juga yang secara berjenaka merujuknya sebagai “taktik lipas”.

'Ejen' di rumah panjang

snap abang osman campaign“Malam-malam baru kita keluar gempur rumah-rumah panjang. Macam lepeh (lipas),” kata Abang Osman Abang Gom yang bertanding kali ketiga untuk merampas kerusi Lingga, berdekatan bandar Sri Aman.

Di rumah panjang yang tidak dapat ditembusi calon, SNAP akan memastikan terdapat “ejen” mereka di kalangan penduduk setempat berkempen dalam diam-diam, tambah Abang Osman – calon Melayu tunggal dalam parti yang didominasi Iban itu.

Sementara itu, walaupun di simpang-simpang jalan hampir tidak kelihatan langsung bendera kuning SNAP berkibar, mereka bagaimanapun tidak mengabaikannya di rumah-rumah panjang - tempat pengundi menginap.

Malah, poster yang dibekalkan amat besar kira-kira dua kali ganda saiz akhbar. Parti pimpinan Edwin Dundang Bugak itu juga memastikan setiap pengundi yang ditemui mendapat poskad kuning memaparkan nama dan wajah calon serta slogan SNAP sebagai “parti asal bangsa Sarawak”.

snap abang osmanDitanya adakah bahan kempen parti itu tidak akan dipasang langsung sehinggalah pilihan raya berlangsung pada 16 April ini, sumber itu mengiyakannya.

“Kalau kita pasang bendera. BN banyak, kita sikit. Jadi kita nampak lemah,” jelasnya.

Tinjauan Malaysiakini di beberapa kawasan yang ditandingi SNAP – meliputi Lingga, Bukit Begunan, Engkelili, Layar, Bukit Saban dan Krian – mendapati strategi ini betul-betul dilaksanakan seperti yang dirancang.

Bagaimanapun di Bukit Saban yang mana ketua Pemudanya Dayrell Walter Entrie sendiri bertanding kelihatan agak berbeza apabila kain pemidangnya kelihatan di tempat-tempat strategik dalam DUN itu.

Empat 'kawasan A'

Bukit Saban antara “kawasan A” bagi SNAP yang mana mereka yakin menang selain Pakan, Machan dan Lambir. Manakala kawasan yang dianggap berpotensi besar antaranya Lingga, Bukit Begunan, Bekenu, Engkelili, Telang Usan dan Tarat.

Difahamkan senarai tersebut diperoleh dengan mengambil kira faktor calon, petugas dan penyokong tegar di tempat masing-masing.

Sementara calon-calon di beberapa di DUN sepanjang jalan Sri Aman-Sarikei (kira-kira 200km) ketika ditemui rata-rata mengaku sebagai calon underdog atau bukan pilihan.

Di Bukit Saban, Dayrell masih risau sama ada pengundi yang berhijrah ke bandar besar untuk bekerja – dianggarkannya 30 peratus daripada keseluruhan 7,657 pengundi – dapat pulang menunaikan tanggungjawab di DUN itu.

Manakala Marudi @ Barudi Mawang (Engkelili) pula mengambil memberi perhatian kepada jentera BN dengan kekuataan kewangan yang disifatkannya mempunyai sumber kewangan “umpama padi di tangkai”. Kebimbangan itu turut dikongsi Joe Unggang di Layar.

Di Krian pula keadaan berbeza apabila calon PKR Ali Biju, seorang ahli perniagaan dilihat jauh di depan, termasuk berbanding calon BN sendiri.

Kempen SNAP memfokuskan lima isu utama, meliputi tanah adat (NCR), isu kalimah Allah dan Alkitab berbahasa Melayu, isu kemajuan negeri, Perjanjian 18 Perkara Tanah Melayu dan Sarawak serta pemeritahan 30 tahun Tan Sri Taib Mahmud sebagai ketua menteri.

SNAP bertanding di 26 kawasan majoriti Dayak dalam pilihan raya negeri kali ini dan bertembung dengan PKR di 25 tempat ekoran kegagalan rundingan awal.

Saturday, 9 April 2011

first post

Berita Semasa

Nurin Jazlin abdilah kamu dalam syurga!

POLIS hari ini telah mengesahkan mayat budak perempuan yang ditemui di dalam beg beberpa hari lalu di Petaling Jaya Utara adalah Nurin Jazllin Jazimin, 8 yang hilang sebulan lalu.

Pengesahan mayat itu dibuat menerusi DNA. Bagaimana pun kedua ibubapa Nurin masih belum bersedia mengakui jenazah itu sebagai anak mereka, dan mereka merasakan anaknya masih lagi hidup dan selamat.

Perkembangan terbaru itu akan menghentikan penantian orang ramai sejak sebulan lalu mengenai nasib malng murid Sekolah Rendah Desa Setapk, Kuala Lumpur itu.

Berbagai usaha telah dilakukan oleh orang ramai dalam mengesan dan mencari Nurin Jazlin sejak beliau dilaporkan hilang dari rumah di Wangsa Maju 20 Ogos lalu. Ini termasuklah sembahyang hajat dan berdoa di beberapa buah surau atau masjid.

Seorang Exco di Kelantan khabarnya turut simpati dan memberikan doa kepada keluarga malang itu dalam kunjungan beliau ke rumahnya di Wangsa Maju. Adalah dipercayai pemberiaan doa itu pertama kali dilakukan oleh seorang Exco bagi membantu mereka yang menghadapi masalah seumpama itu.

Penemuan mayat Nurin Jazlin yang dimasukan dalam sebuah beg sungguh menyedih dan menyayukan. Rasa sedih dan tertekan itu bukan saja dirasai oleh ayah dan ibubnya, tetapi kita semua. Kita marah dan kesal dengan kejadian itu dan si pelakunya perlu dikutuk dan dihukum sekeras-kerasnya.

Sewaktu mengetahui bahawa mayat yang ditemui dalam beg itu adalah mayat Nurin Jazlin saya menitiskan air mengenangkan apa yang berlaku itu.

Bayangkanlah dalam usia sementah itu kanak-kanak itu tidak mengerti apa-apa yang berlaku ke atasnya. Dia hanya mampu pasrah apa yang yang berlaku dan dilakukan ke atasnya selama beliau berada diluar jagaan kedua ibubapanya.

Bayangkan bagaimana keadaan saat dia dianiaya dan diperkosa! Tentunya dia melaung sehabis suara dan berusaha sehabis kudrat untuk melepaskan diri dari belitan ganas penjenayah tidak berhati perut itu. Tetapi apalah yang bisa dilakukan dengan tenaga tidak berapa dan cukup lemah itu.

Walaupun kedua ibubapa Nurin Jazlin, ayahnya Jazimin Abdul Jalil, 33 dan ibunya Norazian Bistaman, 35 masih belum mengakui jenazah itu sebagai anaknya kerana tidak boleh menerima hakikat yang berlaku ke atas anaknya. Namun seperti mana dikatakan diawal tadi perkembangan itu mengakhiri sebuah penanti cukup merimas dan penuh emosi. Kita akan tetap kenang dan ingat perisitwa itu betapa sadis dan kejamnya makhluk bernama manusia!

Iktibar dari kejadian itu semoga kita semua menjadi penanggungjawab sepenuhnya bukan saja ke atas anak-anak kita tetapi ke atas anak jiran kita bahkan ke atas anak-anak Malaysia seluruhnya.

Jangan kita hairan memang ada mahkluk yang tidak berhati perut seumpama itu. Dalam hal ini kita jangan mudah membuat pertimbangan bahawa seseorang yang kelihatan baik dan waruk itu tidak akan terkecuali dari melakukan kekejaman demikian!

Kini apa yang boleh diharpakan ialah semoga pihak polis akan dapat memberkas penjenayah berkenaan secepat mungkin. Kala inilah polis perlu menunjukkan kecekapan dan juga kehebatan mereka dalam mebenteras jenayah. Kalau rakan mereka di Terengganu dapat merakam aksi perusuh, maka seluruh polis harus bergabung tenaga untuk memastikan penjenayah terkutuk itu dapat diberkas segera.

Kepada ibubapa Nurin Jazlin dan keluarganya kita hulurkan sedalam simpati dan didoakan diberikan kekuatan iman oleh Allah untuk menghadapi ujian dari-Nya yang sangat getir itu. Al Fatihah untuk Nurin Jazalin.