Thursday, 14 April 2011

Real jumpa Barca


2011/04/15

pix_gal0
Mourinho, Raul terus hidupkan peluang dalam aksi separuh akhir Liga Juara-Juara

KEMARAAN juara sembilan kali Real Madrid dan pasukan kurang ternama Jerman, Schalke 04 ke separuh akhir Liga Juara-Juara kelmarin, menjanjikan pertembungan menarik dengan seteru utama Barcelona dan gergasi Britain, Manchester United.
Real menewaskan Tottenham 1-0 di London melalui jaringan Cristiano Ronaldo untuk agregat 5-0, sekali gus menghidangkan peluang buat jurulatih Jose Mourinho mencipta nama menjulang trofi dengan tiga pasukan berbeza selepas melakukannya bersama Porto pada 2004 dan Inter Milan tahun lalu.
Bintang Schalke yang juga bekas legenda Real, Raul pula meranapkan impian Inter untuk mengulangi kejayaan tahun lalu, apabila menjaringkan gol ke-71 peribadi dalam Liga Juara-Juara dan membantu Schalke menang 2-1 untuk agregat 7-3, sekali gus menyajikan peluang buat penyerang Sepanyol itu merangkul medal kemenangan keempat dalam saingan tertinggi kelab Eropah itu.

Mourinho menurunkan barisan terkuat meskipun hadir dengan jaringan besar pada timbal balik pertama tetapi pertahanan tengah Carvalho dikenakan kad, dan digantung perlawanan apabila bertemu Barcelona pada timbal balik pertama nanti.
Namun pengendali kelahiran Portugal itu tetap yakin.

“Tunggu dan lihat apa akan berlaku. Separuh akhir adalah separuh akhir, apa-apa boleh berlaku, kami kurang bernasib baik, tidak sebagaimana Barcelona yang dapat mengelakkan penggantungan pemain untuk perlawanan itu nanti.”
Gol Raul pada babak pertama memudarkan harapan Inter Milan meskipun menyamakan kedudukan melalui Thiago Motta tetapi Benedikt Howedes memastikan kemenangan Schalke, sembilan minit sebelum tamat.

Jurulatih Schalke, Ralf Rangnick berkata: “Pemain menunjukkan aksi cemerlang, jika hanya membenarkan pasukan juara bertahan melakukan hanya dua percubaan, anda tahu pemain sudah bermain dengan baik.” - AFP

No comments:

Post a Comment